Wednesday, September 30, 2009

Para Pelajar Yang Menyertai Degree Show Penang..


Barisan pelajar yang menyertai Degree Show Penang 09 bersama-sama dengan pensyarah pembimbing iaitu En. Nur Azlan Haji Zainuddin dan En. Ahmad Anis Mohd Fauzi. Semoga modal insan ini dapat berbakti kepada masyarakat untuk memajukan serta meningkatkan mutu pembangunan negara suatu hari nanti..Insya Allah...

Para Pelajar Rekaan Grafik...


Para pelajar rekaan grafik yang dibimbing oleh Pn. Mila Salima Binti Halimi yang terdiri daripada 9 orang pelajar iaitu Siru, Augustine, Hayati, Baizura, Akma, Najwa, Azmira, Maisalmah, dan Marlia.

Pelajar-pelajar Rekaan Interaktif...


Para pelajar rekaan interaktif yang dibimbing oleh En. Nur Azlan Bin Haji Zainuddin yang terdiri daripada 16 orang iaitu Hazlizan, Fakaruddin, Fauzi, Rahim, Nik Firdaus, Jamilah, Ezida, Fatimah, Faridah, Angela, Hartini, Sarah, Haryati, Azizah, Aida dan Lelawati.

Pelajar-pelajar Rekaan Pengiklanan...


Pelajar-pelajar Rekaan Pengiklanan yang dibimbing oleh En. Ahmad Anis Bin Mohd Fauzi dan terdiri daripada 13 pelajar iaitu Mazlan, Azraimi, Durrani, Ibrahim, Jacklee, Khairul, Jura Aimi, Roslina, Aida, Sariza, Ain, Punitha dan Hidayah.

Para Pelajar Rekaan Animasi...













Antara para pelajar rekaan animasi yang dibimbing oleh Cik Nur Syuhada Mat Sin. Terdiri daripada tujuh orang pelajar iaitu Syazana, Hayati, Noreen, Sharil, Shawari, Nik Saiful, dan Ahmadi.

Tuesday, September 15, 2009

Kata-Kata Aluan Dekan Fakulti Seni dan Muzik

Assalamualaikum w.b.t

"Degree Show delightful Penang", merupakan satu program yang bermakna uantuk mendedahkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan idris dalam pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman disamping melatih untuk hidup bekerjasama, berdikari dan tahu menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan masyarakat sekeliling.

Saya percaya melalui pengalaman ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, sabar dan bertolak ansur dan dihayati, yang bakal dipupuk dalam diri anak-anak didik nanti serta mewujudkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan pelajar. susasana seperti ini akan melahirkan pelajar UPSI yang berkualiti dan berketerampilan untuk kesejahteraan bangsa dan negara.

Di sini saya juga merakamkan rasa bangga dan syabas kepada pelajar (VISCOM) sem 7 yang telah merancang "Degree Show, Delightful penang 2009" Pulau Pinang.

Saya berharap, program ini berjaya ditamatkan dengan pencapaian objektif-objektif yang cemerlang dan berkesan. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Sekian Terima Kasih

Dr. Mohd Hassan bin Abdullah
Dekan Fakulti Seni dan Muzik

Bicara Pengarah Projek

Assalammualaikum w.b.t.

Bismillahirahmannirahim,

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan saya daripada pelajar pendidikan seni komunikasi visual dan pensyarah saya En Nur Azlan Zainudin , Puan Mila Salima, En Anis dan Cik Syuhada serta pensyarah-pensyarah yang telah berusaha untuk menjayakan ‘Degree Show Delightfull Penang’ .Untuk berjaya kita perlu berganjak untuk membentuk satu paradigma dalam kehidupan kita.

Saya yakin dan percaya melalui kursus ini pelajar mampu meraih seberapa banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi melahirkan guru yang berketahanan, berpengetahuan, berketerampilan, daripada segi fizikal, mental, rohani dan emosi serta berjaya melengkapkan diri dengan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dengan ini, saya bagi pihak pelajar pendidikan seni komunikasi visual mendoakan semoga kursus ini dapat berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah dirancang dan mencapai objektif-objektif asas kursus ini dengan cemerlang. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

“ GIGIH ILTIZAM CEMERLANG “


Mohd Shahril bin Razali
Pengarah Projek Degree Show, Delightful Penang 2009.