Sunday, November 15, 2009

Sepanjang pameran berlangsung

Antara karya yang dihasilkan oleh pelajar semester akhir bahagian grafik.
Suasana keadaan galeri sepanjang hari penilaian akhir karya pelajar yang diadakan di Galeri UPSI.

Antara poster-poster yang dihasilkan bagi mewakili karya masing-masing

Antara poster-poster yang terpamer di galeri



Antara pensyarah-pensyarah yang diundang untuk membuat penilaian hasil kerja para pelajar

Kelihatan Dr. Fauzi sedang meninjau-ninjau karya pelajar grafik.


Karya-karya yang dihasilkan oleh pelajar grafik.

Suasana kesibukan yang dialami oleh semua pelajar yang terlibat sepanjang pameran berlangsung.

Pensyarah sedang membuat kritikan terhadap semua karya pelajar untuk diberi markah.
Para pelajar sedang bersiap sedia untuk membuat pemeriksaan akhir sebelum dibuat penilaian







Suasana sepanjang sesi kritikan oleh para pensyarah yang berlangsung bagi memastikan kelebihan dan kekurangan setiap karya yang dipamerkan.




Sesi menemuramah salah seorang pensyarah yang hadir iaitu En. Nizamuddin Bin Alias, pensyarah daripada Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
Menurut beliau, beliau sangat teruja dengan karya-karya yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Pendidikan Seni Komunikasi Visual kerana semuanya mempunyai potensi untuk maju dan suatu permulaan yang baik untuk dicontohi oleh pelajar-pelajar lain. Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa semua karya yang dipamerkan telah mencapai standart yang sepatutnya untuk dipamerkan di luar Universiti. Bagaimanapun, terdapat juga kekurangan daripada segi pengolahan idea iaitu masih banyak karya yang tidak menepati tema heritage di Pulau Pinang, dan kelihatan karya yang ditunjukkan hanya mempunyai kepelbagaian warna-warni sahaja. Namun begitu, beliau tetap menyatakan bahawa pameran ini adalah suatu usaha yang bagus dan jelas untuk mencerminkan kreativiti yang tersendiri dalam berkarya.




Antara gelagat-gelagat pelajar sepanjang sesi penilaian akhir dilakukan. Semua pelajar berusaha untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh para penilai yang hadir.



























Sepanjang mesyuarat di Pulau Pinang

Suasana di Kompleks Dato' Kailan yang akan dijadikan tempat pameran nanti.
Suasana meyuarat yang diadakan dengan wakil AJK di berkam




Perbincangan yang dilakukan untuk meastikan agenda yang dirancang mendapat persetujuan bersama.




Persediaan dan persiapan yang dilakukan sebelum pameran


Perbincangan antara AJK untuk berbincang mengenai tugasan yang hendak dilaksanakan

bekerjasama untuk memasang poster di bingkai gambar yang disediakan

Tugasan memasang poster di sekitar dinding galeri oleh kurator




Semua pelajar bertungkus-lumus untuk memastikan semua kerja dapat diselesaikan secepat mungkin

Bergotong-royong untuk menyiapkan muka hadapan CD Interaktif


Proses menggunting dan menampal yang dilakukan bersama-sama


Membalut meja untuk dijadikan tempat makan para pensyarah yang hadir



Semua pelajar bertungkus-lumus bergotong-royong bagi membuat persiapan sebelum pameran berlangsung bagi memastikan semua agenda dapat dilaksanakan dengan lancar. Semua pelajar turun padang untuk bersama-sama berganding bahu membuat persiapan agar pameran yang dirancang dapat berjalan lancar.

mesyuarat di galeri sebelum pameran berlangsung...

Mesyuarat kali ini diketuai oleh En. Nur Azlan dan En. Abu Bakar(Burn)
En. Nur Azlan sedang memberi penerangan kepada pengarah projek saudara Sharil

Antara jawatankuasa yang terlibat dan hadir dalam mesyuarat berkenaan.






Bermacam-macam agenda perlu dirancang untuk pameran di Kompleks Dato' Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang nanti. Namun sebelum itu, kami ada tugas penting di sini iaitu mempamerkan hasil kerja di galeri UPSI untuk dibuat penilaian bagi memastikan karya mana yang layak dipamerkan di Pulau Pinang nanti. Oleh itu, kami perlu membuat sedikit perbincangan untuk menguruskan karya-karya yang akan dipamerkan nanti memandangkan keadaan tempat yang terhad.