Thursday, October 22, 2009

Malam Kritikan Kerja Pelajar..


Pensyarah-pensyarah yang turut hadir pada malam tersebut untuk meninjau hasil kerja para pelajar. Antara pensyarah yang hadir adalah Dr. Fauzi, Dr. Roskang, En. Anis, En Syuhada dan penasihat Final Projek En Azlan. Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami untuk meninjau setiap kerja pelajar, terima kasih juga diucapkan kerana sudi menberi komen dan kritikan yang membina kepada setiap pelajar. Semoga segala komen dan nasihat yang diberi dapat digunakan untuk menghasilkan suatu kerja yang lebih baik lagi. Diharapkan melalui komen dan nasihat yang diberi para pelajar dapat memperbaiki setiap kelemahan supaya dapat berkarya dengan lebih baik lagi. Tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini, melainkan Allah S.W.T tetapi kita perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Semoga maju jaya semua untuk pelajar Sem 07 bagi menjayakan Degree Show Penang 09 nanti..INSYA ALLAH...AMIN..


4 comments:

  1. malam bebudak kena "basuh" kaw kaw dgn en roskang....hahahaha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tau xpe sume org kecut perut mase ni tp dalam hati cm nk lawan je balik huhuuhuh

    ReplyDelete