

Antara poster-poster yang dihasilkan bagi mewakili karya masing-masing
Antara pensyarah-pensyarah yang diundang untuk membuat penilaian hasil kerja para pelajar
Karya-karya yang dihasilkan oleh pelajar grafik.
Pensyarah sedang membuat kritikan terhadap semua karya pelajar untuk diberi markah.
Para pelajar sedang bersiap sedia untuk membuat pemeriksaan akhir sebelum dibuat penilaian





Suasana sepanjang sesi kritikan oleh para pensyarah yang berlangsung bagi memastikan kelebihan dan kekurangan setiap karya yang dipamerkan.



Menurut beliau, beliau sangat teruja dengan karya-karya yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Pendidikan Seni Komunikasi Visual kerana semuanya mempunyai potensi untuk maju dan suatu permulaan yang baik untuk dicontohi oleh pelajar-pelajar lain. Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa semua karya yang dipamerkan telah mencapai standart yang sepatutnya untuk dipamerkan di luar Universiti. Bagaimanapun, terdapat juga kekurangan daripada segi pengolahan idea iaitu masih banyak karya yang tidak menepati tema heritage di Pulau Pinang, dan kelihatan karya yang ditunjukkan hanya mempunyai kepelbagaian warna-warni sahaja. Namun begitu, beliau tetap menyatakan bahawa pameran ini adalah suatu usaha yang bagus dan jelas untuk mencerminkan kreativiti yang tersendiri dalam berkarya. 

No comments:
Post a Comment