Wednesday, September 30, 2009
Para Pelajar Yang Menyertai Degree Show Penang..
Para Pelajar Rekaan Grafik...
Pelajar-pelajar Rekaan Interaktif...
Pelajar-pelajar Rekaan Pengiklanan...
Para Pelajar Rekaan Animasi...
Tuesday, September 15, 2009
Kata-Kata Aluan Dekan Fakulti Seni dan Muzik

"Degree Show delightful Penang", merupakan satu program yang bermakna uantuk mendedahkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan idris dalam pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman disamping melatih untuk hidup bekerjasama, berdikari dan tahu menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan masyarakat sekeliling.
Saya percaya melalui pengalaman ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, sabar dan bertolak ansur dan dihayati, yang bakal dipupuk dalam diri anak-anak didik nanti serta mewujudkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan pelajar. susasana seperti ini akan melahirkan pelajar UPSI yang berkualiti dan berketerampilan untuk kesejahteraan bangsa dan negara.
Di sini saya juga merakamkan rasa bangga dan syabas kepada pelajar (VISCOM) sem 7 yang telah merancang "Degree Show, Delightful penang 2009" Pulau Pinang.
Saya berharap, program ini berjaya ditamatkan dengan pencapaian objektif-objektif yang cemerlang dan berkesan. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Sekian Terima Kasih
Dr. Mohd Hassan bin Abdullah
Bicara Pengarah Projek
Bismillahirahmannirahim,
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan saya daripada pelajar pendidikan seni komunikasi visual dan pensyarah saya En Nur Azlan Zainudin , Puan Mila Salima, En Anis dan Cik Syuhada serta pensyarah-pensyarah yang telah berusaha untuk menjayakan ‘Degree Show Delightfull Penang’ .Untuk berjaya kita perlu berganjak untuk membentuk satu paradigma dalam kehidupan kita.
Saya yakin dan percaya melalui kursus ini pelajar mampu meraih seberapa banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi melahirkan guru yang berketahanan, berpengetahuan, berketerampilan, daripada segi fizikal, mental, rohani dan emosi serta berjaya melengkapkan diri dengan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dengan ini, saya bagi pihak pelajar pendidikan seni komunikasi visual mendoakan semoga kursus ini dapat berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah dirancang dan mencapai objektif-objektif asas kursus ini dengan cemerlang. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.
“ GIGIH ILTIZAM CEMERLANG “
Mohd Shahril bin Razali
Pengarah Projek Degree Show, Delightful Penang 2009.