Tuesday, September 15, 2009

Kata-Kata Aluan Dekan Fakulti Seni dan Muzik

Assalamualaikum w.b.t

"Degree Show delightful Penang", merupakan satu program yang bermakna uantuk mendedahkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan idris dalam pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman disamping melatih untuk hidup bekerjasama, berdikari dan tahu menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan masyarakat sekeliling.

Saya percaya melalui pengalaman ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, sabar dan bertolak ansur dan dihayati, yang bakal dipupuk dalam diri anak-anak didik nanti serta mewujudkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan pelajar. susasana seperti ini akan melahirkan pelajar UPSI yang berkualiti dan berketerampilan untuk kesejahteraan bangsa dan negara.

Di sini saya juga merakamkan rasa bangga dan syabas kepada pelajar (VISCOM) sem 7 yang telah merancang "Degree Show, Delightful penang 2009" Pulau Pinang.

Saya berharap, program ini berjaya ditamatkan dengan pencapaian objektif-objektif yang cemerlang dan berkesan. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Sekian Terima Kasih

Dr. Mohd Hassan bin Abdullah
Dekan Fakulti Seni dan Muzik

No comments:

Post a Comment